Khamis, 30 Mac 2017

TUTORIAL CARA MEMASAK MENGGUNAKAN PES NASI ARAB ARABIAN KITCHEN

  1. ~ Pek 1/2kg Pes nasi Arab Yemeni Mendhi
    ~ Sukat beras mengikut pot yang anda nak guna
    ~ Jika beras 4 pot air pun mesti 4 pot. Jangan lebih atau kurang.
  2. ~ Basuh beras yang telah direndam & toskan
  3.  
    ~ Masukkan air ke dalam periuk ( kalau nak masukkan terus ke dalam rice cooker pun boleh ) mengikut bilangan pot beras tadi & didihkan.
  4.  
    ~ Sementara nak tunggu air tadi didih,, basuh ayam & toskan.
  5.  
    ~ Pek Pes Nasi Arab yemeni mendi. Ada Pes & Pewarna.
    ~ JANGAN gunakan pewarna lagi. Pewarna hanya akan digunakan selepas nnasi masak.
  6.  
    ~ Masukkan Pes ke dalam air yang mendidih tadi & kacau supaya pes tak berketul-ketul.
    ~ Kemudian masukkan ayam yang dah di basuh tadi.
  7.        
    ~ Masak ayam hingga 3/4 masak. & kemudian pindahkan ayam + air ke dalam rice cooker.
    ~ Kemudian masukkan beras yang dah di basuh tadi (bagi yg gunakan rice cooker dari awal anda terus masukkan beras je ke dalam rice cooker bersama ayam + air tadi).
  8.  
    ~ Selepas nasi dah kering, masukkan pewarna (seperti gambar no 5). Buat bentuk bulatan.
    ~ JANGAN gaul dulu. Tutup balik rice cooker 2-5 minit kemudian baru gaulkan untuk mendapatkan struktur nasi yang bewarna warni seperti di dalam gambar.

  9. ~ Hias mengikut kreativiti anda & sedia untuk dihidangkan.



* Ayam tadi kalau tak nak masak dengan nasi pun boleh. Aelepas anda rebus ayam dengan air + Pes keluarkan ayam. Ayam ni boleh bakar dalam pemanggang ajaib. Tak Perlu Bakar lama2 sebab ayam ni dah rebus. Bakar untuk dapatkan warna keperang-perangan.
* Kalau nak lagi sedap hidangkan bersama gulai dalca. Masukkan kentang , Terung dan carrot dah memadai.
* Jangan lupa untuk hidangkan bersama sos. Resepi sos untuk ayam ada diberi dekat muka depan pes. Kalau nak resepi paling senang blend 4 biji tomato, 10 biji cili api & sedikit garam. Dah siap. Untuk yang nak masak dulu sos ni lepas di blend pun boleh.



















1 ulasan:

MASAK NASI ARAB SEMUDAH MASAK MAGGI??

  Masak nasi arab semudah masak maggi je? . Betul!! Tak perlu nak menumis, potong bawang, tak perlu tambah gula, garam atau sebarang bahan p...